Sunday, 14 July 2013

permainan tradisional batu seremban

permainan tradisional

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah suka bergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di mana ikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acara keramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikian maka banyak permainan tradisional yang dipertandingkan.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing, dan yang lain2...

pengenalan batu seremban

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.


Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

bermain cara berperingkat dari pertama hingga ketujuh

Buah Satu:

  • Kesemua buah hendaklah diselerakkan, berkeadaan semua buah tidak menyentuhi satu sama lain.
  • Sebiji buah akan dijadikan ibu, dan ibu itu harus dilambungkan ke udara.
  • Dalam masa yang sama, sebiji buah di atas lantai harus dikutip.
  • Perlakuan begini akan berterusan sehingga semua buah di atas lantai sudah dikutip,

Buah Dua:

  • Cara buah dua dimainkan ialah sama seperti buah satu.
  • Hanya dua biji buah harus dikutip dengan masa yang sama.
  • Ini bermakna, ibu akan dilambungkan sebanyak dua kali sahaja.

Buah Tiga:
  • Buah tiga ada sedikit perbezaan.
  • Pada lambungan pertama, hanya satu biji buah akan dikutip.
  • Lambungan yang kedua pula, tiga biji buah akan dikutip dengan serentak.

Buah Empat:

  • Buah ibu akan dilambungkan ke udara.
  • Pada masa yang sama, pemain harus mengutip kesemua empat biji buah yang berada di lantai dengan serentak.

Buah Lima:

  • Buah lima akan dimainkan seperti buah empat.
  • Pemain harus melambungkan buah ibu ke udara dan mengutip keempat-empat biji buah diatas lantai dengan serentak.
  • Selepas itu, buah ibu harus dilambungkan ke udara dan pada masa yang sama, empat biji buah yang ada di dalam tangan pemain harus diletakkan di atas lantai supaya hanya buah ibu sahaja yang akan disambut.

Buah Enam:

  • Pada peringkat yang ke-enam, pemain akan pendapat sedikit perbezaan.
  • Pada peringkat ini, pemain akan mendapat bahawa dua biji buah akan menjadi buah ibu.
  • Apabila sebiji daripadanya dilambung ke atas udara, sebiji lagi buah ibu harus ditukar dengan buah yang lain yang terdapat di atas lantai hingga selesai.

Buah Tujuh:

  • Buah tujuh adalah urutan daripada buah enam.
  • Dua biji buah yang ada di dalam tangan harus dilambungkan dengan serentak.
  • Selepas itu, hanya satu biji buah  yang akan dikutip.
  • Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua-dua belah tangan.
  • Satu di tangan kiri, dan lagi satu di tangan kanan.
  • Pada akhirnya, buah ibu yang dilambung terakhir juga akan disambut.

sempena bulan ramadhan buah kurma amat terkenal di malaysia



buah kurma
Pokok kurma adalah jenis dioecious, dengan berpisahan tumbuhan jantan dan betinanya. Pokok ini dapat ditanam secara mudah dari biji benih, tetapi hanya 50% daripada anak benih akan menjadi betina dan oleh itu berbuah. Kurma-kurma daripada tumbuhan anak benih seringnya lebih kecil dan bermutu kurang baik. Oleh sebab itu, kebanyakan ladang komersil menggunakan keratan daripada hasil keratan banyak, utamanya jenis "Medjool" kerana hasilan sedemikian mengeluarkan hasil tinggi dengan buah yang besar dan manis. Tumbuhan yang membesar daripada keratan akan berbuah dua atau tiga tahun lebih awal daripada tumbuhan anak benih.
Kurma secara azalinya berpolinasi angin tetapi dalam hortikultur oasis tradisional dan kebun komersil moden, pokok-pokok kurma berpolinasi keseluruhannya secara insani. Polinasi kebiasaannya muncul dengan bilangan tumbuhan jantan dan betina yang sama. Meskipun demikian, dengan bantuan, sebiji benih jantan akan mempolinasikan lebih daripada 100 benih betina. Memandangakan benih jantannya dianggap hanya sebagai pemolinasi, para petani dapat menggunakan sumber mereka untuk meningkatkan hasilan buah tumbuhan betina. Polinasi insani dilakukan dengan tenaga kerja mahir dengan menggunakan tangga; di sesetengah kawasan seperti di Iraq, mereka memanjat pokok menggunakan alat pemanjat khas yang dibalut keliling batang pokok dan belakang tubuh pemanjat untuk membuatnya terlekat pada batang pokok sementara memanjat. Kurang seringnya, debunga akan ditiup ke bunga betina dengan mesin angin.
Hasil partenokarpik wujud tetapi buahnya yang tidak berbiji lebih kecil dan berkualiti lebih rendah.[perlu rujukan]
Kurma masak dalam empat peringkat, masing-masing dikenali dengan nama Arabnya di seluruh dunia, iaitu kimri (matang), khalal (saiz-penuh, rangup), rutab (masak, lembut), dan tamr (masak, keringan matahari). Sebahagian 100 gram kurma segar menjadi sumber premium vitamin C, dan membekalkan 230 kcal (960 kJ) tenaga. Oleh sebab kurma mengandungi hanya sedikit air, buah ini tidak bertambah konsentrat apabila dikeringkan, walaupun vitamin C hilang dalam proses pengeringan.

kegunaan lain bagi buah kurma
Biji benih kurma direndam dan dikisar untuk memberi haiwan makan. Minyak mereka sesuai untuk kegunaan sabun dan barang kemas. Mereka juga boleh proses secara kimia sebagai suatu sumber asid oxalic. Biji mereka kemudian dibakar untuk membuat arang untuk tukang perak, dan dapat digantung di rantai. Biji kurma juga dikisar dan digunakan dalam cara biji kopi, atau sebagai campuran ke kopi.
Daun pokok kurma digunakan untuk Palm Sunday dalam agama Kristian. Di Africa utara, mereka secara umum digunakan untuk membuat pondok. Daun matang juga digunakan untuk membuat tikar, skrin, bakul dan kipas. Daun diproses boleh digunakan untuk insulating board. Daun kering petiole adalah suatu sumber pulpa selulosa, digunakan untuk tongkat jalan, penyapu, fishing floats dan minyak. Sarung daun dihadiahkan oleh kerana wangian mereka, dan gentian mereka juga digunakan untuk tali, kain kasar, dan topi besar. Daun-daun ini digunakan sebagai suatu lulav dalam cuti Yahudi Sukkot

Saturday, 13 July 2013

muzium kesultanan melayu melaka




Pembinaan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka ini telah mula dibina pada bulan Oktober 1984 dan siap menjelang pada tahun 1986. Replika Istana ini adalah berdasarkan kepada pemerintahan Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari tahun 1456-1477. Pembukaan rasmi istana ini telah dilangsungkan pada 17 Julai 1986 oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Pembinaan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina di atas tanah seluas 0.7 hektar yang menelan belanja sebanyak RM1.4 juta. Reka bentuknya mengenegahkan kehalusan seni ukiran  corak bunga-bunga dan tumbuh-tumbuhan tempatan yang dapat dilihat pada ukiran di dinding dan tiang istana. Selain sebagai replika Istana Kesultanan Melaka, ia juga berfungsi sebagai Muzium Budaya yang pertama seumpanya di Malaysia. Replika ini juga dikenali sebagai Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka.


Menurut sejarah Melayu, replika ini mempunyai lebih kurang 1350 item dalam bilik artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut. Istana ini mempunyai 17 ruang yang panjang tiap-tiap satunya 87.5 meter dan mempunyai 40 pintu. Namun bagi tujuan pembinaan replika ini, rekabentuknya telah diperkecilkan untuk disesuaikan dengan keluasan tapak kawasannya. Ukuran sebenar replika istana ini adalah 67.2 meter panjang, 18.5 meter tinggi dan 12 meter lebar.

Istana ini mempunyai bumbung yang bertingkat dan bumbung yang pertama adalah yang terpanjang berukuran 75 meter dan 12.5 meter lebar, pada hujung setiap bumbungnya dibina melentik sedikit ke atas menyamai rekebentuk rumah Minangkabau. Istana ini ditegakkan oleh empat batang tiang seri di samping sokongan tiap-tiap yang lain. Pada bahagian hadapan istana terdapat enam buah balai yang pada masa dahulu mempunyai kepentingannya yang tersendiri.
Istana ini mempunyai tiga tingkat yang dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri. Pada tingkat pertama, diadakan ruang-ruang pameran termasuk di balairong seri yang menggambarkan zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka seperti menghadap Raja dan lain-lain peraturan istana. Pada tingkat kedua pula dipamerkan tempat peraduan Sultan serta bilik-biliknya manakala pada tingkat tiga pula sebagai tempat simpanan khazanah.
Selain it, ketiga-tiga tingkat ini memuatkan bahan-bahan pameran seperti bilik Pancaragan Diraja, senjata api, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi dan dewan islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hnag Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melayu Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata melayu, pakaian perkahwinan tradisional melayu, barangan kemas dan barangan Loyang.


MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAYU MELAKA DIBUKA PADA SETIAP HARI DAN BEROPERASI DARI PUKUL 9 HINGGA 5.30 PETANG

HARGA TIKET

DEWASA ; rm2.00

KANAK-KANAK ; RM 0.,50